Saturday, October 31, 2009

2.40 pagi bute

Hari neh.. Eh tak semalam 30/10 Aku keluar bertemu dan melepak kan diri bersama rina salleh yang vogue. Dan tidak dilupe kan Nadiya yang gebu. Kami 3 gadis yang single. Eh tak nadiya tak single lagik, Dia baru berpunya. Hahaha.. Kami dua gadis yang single, dan satu gadis yang tak single telah berjalan-jalan mencuci mate, bershopping di area bukit bintang. Seronok giler hari neh. Dapat beli macam-macam. Dapat belajar / Tips bagaimana mahu bergaye daripade model cantek ayu sopan si rina salleh tuh..

Bebeh, sumpah best hang out dengan you!

Keluar dengan rina and nadiya menbuat kan aku terase seperti sangat besar. Kerana mereka berdua sungguh molek..! Kecik orang nye, Cantek! Bile begamba, demmmm aku rase hitam gile. Rase huduh giler, Rase macam tiang yang tinggi. Benci perasaan ini..! Hahahaha...Kejap lagi pukul 8 pagi sudah mahu ke gombak dan kemudian ke tasek apetah name dia dah lupe. Untuk bertemu rina dan nadiya sekali lagik untuk berphotoshoot. Tapi
sampai sekarang aku maseh tidak dapat melelap kan mate.
Kompom esok mata macam panda!

Hoh.. Ape motif gamba neh ? Sajeee... Sajee jer....
Pukul 2.44 pagi, Pakai shade dalam bilik.. Buat muke
sememeh. Mengayekan cardigan baru.
Sumpah terase hot tiba-tiba.. HAHA
(Seronok bile puji diri sendiri. Terase bahagiaa)



Neh pulak apesal ? Sajeeee... Sajeee jugak...
Otak gilee.. takleh tidor.. Mule lah wat keje gile



Terase lama giler tak buat keje
gile and membuat entry gila-gila
Sape setuju ?

Thursday, October 29, 2009

Entry macam nasik campur

1. Semalam ade appointment dentist seperti biase pergi mengetatkan besi di gigi ni ha. Kali ini berada di stage menarek gigi dari kanan ke kiri, Merapatkan gigi supaye takde ruang lagi. Getah panjang berwarna pink digunekan untuk menarek gigi-gigi tersebut supaye ke kiri. Semalam lepas letak getah, Tak sakit.. Boleh makan. Gelak huha huha macam orang gila. Siap cakap
dengan perasaan bangge riak takbur dekat mama,
Eh tak sakit pun gigi ynaa kali neh (..Tersenyum bangga..)
Dan apebile malam sudah tiba, Hamek ko.. hamek saket tak hengat. Sampai sekarang maseh terase sakit. Dan gusi gusi terase seperti bengkak akibat pengerakkan gigi tersebut.. Oh men.. Nyesal aku puji. Demmm you gigi..

2. Malam semalam aku ketiduran sangat lambat. Dalam pukul 4 dan kemudian pukul 6 pagi sudah dikejutkan oleh mama. Hari ni aku kena menghantar mama dan kaklong ke office masing-masing.. Kerana sekejap lagik pukul 5 aku kene pick up mama yang gebus dan kakak yang comel kemudian pergi ke maju junction untuk fitting baju nikah. Baju asal nyer untuk aku pakai mase hari penikahan ku akan betukar menjadik baju pengapit.. Woah. Sadis sunggoh menusuk kalbu. Tapi kene cool macam mat kool kan. Haha. Selepas menghantar, ondaway pulang aku singgah ke kedai yang menjual nasik lomak panas. Aku membeli 5 bungkus , dan 2 ketul ayam goreng . Dan disebabkan lapar and terase seperti sudah lame tak makan pagi buta, Aku telah menelan 4 bungkus nasik lomak dan memakan 2 ketul ayam goreng itu. YER aku makan sorang. Hahaha.. Believe it or not... Oh tambah tolak campur darab bahagi , Sudah 7 bulan aku menanam anggur dan tidak bekerja. Takpe 2010 aku sudah pasang niat mahu berkerja. Pupuk azam baru. Kerja baru, Life baru, Diri yang baru, kereta baru, baju baru, semangat yang baru, BF baru..?? Opppsss!
hahaha itu tidak sama sekali okey....!

3. Teruje and seronok apebile mendapat sms daripade rakan-rakan yang sudi mahu datang hari wedding nanti.. sangat terharu dan mengharukan... Serious sangat tak sabar mahu ketemu anda semua... Card juge akan di post kan dalam mase terdekat ini... Kalau ade yang sudi mahu datang, Sudi-sudi kan lah sms kan alamat anda eh? Nah hamek ini nombor ku.. 0173732110 Aku
sangat berbesar hati dengan kedatangan korang semua..

4. Halomak, Otak tetiba blank pulak... Esok esok lah sambung pokpek.

Takecare semua !
=)

Tuesday, October 27, 2009

Aku jatuh cinta lagi

Yer betul tak tipu. Aku telah jatuh cinta lagik sekali. Hati telah di curi. Memang tak dapat nak lari daripada perasaan jatuh cinta ini. Cube jugak untuk aku mengelak tatapi aku tewas jugak akher nye. Demm ah..

Beberapa hari yang lalu aku ke jusco bersama mama ku yang gebush. Kami berniat ingin membeli beberapa perhiasan barang barangan untuk bilik pengantin. Perkataan Sale! Sale! Sale! bersepah sepah.. Menyaketkan hati betul kerana duit didalam purse yang tak berape nak mahal ni sangat tidak mengizinkan untuk bershopping. Jadik perasaan untuk menggoda
mama supaya memberlanja sangat membuak-buak.

Sedang khusyuk berjalan-jalan berpimpin tangan dengan mama,
Sedang seronok Mencuci mata, Lalu telinga ini terdengar suara
halus daripada mama... Bunyik nya begini..


Nanti lepas kaklong kahwen, Kite bedua macam nih lah ynaa.
Adik dekat melaka.
Naseb baek Ynaa tak jadik kawen,
Mama ada ynaa lagi. Takda lah mama sunyi sangat



Menoleh ketepi melihat raut wajah mama yang
tersenyum. Aduh, hati aku menitis kan airmata.

Ma, I'll be here with you no matter what happen mama...
I love you!

Okeh berbalek kepade tajuk. Tetibe terbabas cerite sadis pulak keluar. Padahal entry nih sebenar nyer cerita happy. Haha.. Nak buat macam mana, Menaip entry dalam keadaan spontan dan tulus dari hati tanpa menyusun ayat, Ini lah jadik nyer. Sebab itu tengah shiok happy tertibe tersedih pulak..
Tapi Kalau nak se.......... Ah sudah.. Enough ynaa enough..

Actualy aku telah terjatuh cinta dekat barang yang aku ketemu hari itu. Tak boleh tahan melihat kecomelan nyer. Didalam bakul terlihat banyak bantal-bantal yang cute. Di tepi bakul tersebut ada dua budak cina perempuan. Termasuk aku, ada tiga orang BUDAK (Perh takmo kalah, Nak jugak ngaku diri maseh budak) yang menatap dan membelek bantal-bantal comel yang berlonggok itu.. Dalam bakul tuh ade bantal-bantal kecik berupa itik, buaya, ikan, Lembu, kura-kura, rama-rama, cicak, dan monyet. Wah sunggoh comel.. Tergoda i..! Sedang seronok membelek, Sekali terdengar suara-suara yang lagik halus bebunyik begini

Budak cina kiri : Kakak! kakak! ini dolphin..
Budak cina kanan : Kakak ini cow.. ini fish!
Budak cina kiri : Kakak, Ini butterfly!
Budak cina kanan : Kakak ini ............

Tak sempat habes ayat, Aku jawab

Yer kakak tahu.. kakak tahu..!

Gile jahat aku neh kan kan..? Hahahahaha.. Potong stim betul ah dua budak cina tuh. Sedang seronok aku membelek, Diorang menggangu pulak.. Naseb baek ah mereka comel..! Tapi comel lagik bantal-bantal dalam bakul. Muahaha!

Disebabkan terlalu tergoda lalu aku memgambil dan
membeli. Tapi mama yang bayar. Oppsss



Memperkenalkan Buah hati baru PHIN !



Dan ini pula MOO !



Phin and Moo sitting together




Ade dua buah hati sekarang.
Aku tamak haloba!
Hahahahah

Friday, October 23, 2009

Wedding card sudah siap

Hoh.. Hampir terlupa yang aku mempunyai belog. Seriously mood untuk berbelog telah hilang entah kemane, Mood belum pulang sepenuh nyer, Tatapi sekarang mood datang menjenguk sekejap, baek aku update cepat-cepat.





Card kahwen sudah siap dan dihantar oleh abang card ke rumah kelmarin. Haha.. Dah tentu lah orang card hantar kan, Takkan tukang kebun hantar.. Sengal ah. Aku sangat teruja dan excited terlebeh melihat bungkus-bungkusan card di atas meja. Semangat nak bukak dan melihat. Dan yeah aku tersenyum tetapi menangis didalam hati sejurus melihat inti card.. Sejurus? Inti card? Perh ayat tak boley belah. Melihat hanya satu nama pengantin di dalam card adelah satu perasaan yang sumpah sangat sadis tahu? Tatapi ape pon
aku tetap happy dan menumpang kegembiraan
kakak tersayang di hari bahagia nyaa. =)


ive deleted the picture


Di sebab kan tempat dan jemputan agak terhad, Aku di benar kan oleh mama untuk menjemput hanye dalam 100 kawan sahaje.. Kawan-kawan sekolah dan teman baek suma nyer sudah di list kan.. Beberapa rakan blogger juge sudah aku senarai kan dalam list jemputan. Dan aku Maseh mencarik dan ingin menjemput teman-teman blogger laen yang SUDI mahu datang pade hari kawen ini... Maklum lah patut nye aku kawen sekali. Tapi malang yang berbau, Aku pengantin yang tak jadik.. So maybe ada yang tak mahu datang sebab aku bukan pengantin... Tapi heyy aku PENGAPIT okayyy.. hahahaha.. Siape yang maseh mahu dan sudi datang, Sudi sudi kan lah meng-email kan *nsar1910@hotmail.com* alamat anda dan meninggal nombor talipon anda untuk aku meng-kontek.. Nombor aku ada di dalam card diatas.
Mahu senang, SMS teros.. Nak lagi best CALL terus..

Kedatangana anda amat dialu kan, Boleh ketemu untuk mengeratkan
silaturrahim antara kita, Cewahhh dan paling penting boleh berphotogedix..

Wednesday, October 14, 2009

Dutch Lady!

Sticky Post
Sile scroll down untuk entry seterus nyer.. Timeceh!


DUTCH LADY
nyummy milk with new packaging. Oh yeah now aku nak becerite and share serba sedikit info mengenai susu dutch lady yang telah menukar baju. Eh tak silap, DUTCH LADY telah menukar imej nyer. Dari cantek ke yang lebih lebih cantik. Lets take a look at this


Sebelum kite ke imej baru susu DUTCH LADY, Aku mahu memperkenal kan Ini adelah logo terbaru DUTCH LADY yang sudah bertukar ke rupe baru, Logo yang dahulu nye agak bulat kebujuran tapi yang terbaru nih memang betul-betul dalam keadaan bolat seperti bola. Dan logo baru ini tidak mempunyai percikkan api, Eh bukan, tapi percikkan air susu.. Tak kira apa pun, Yang penting ayat DUTCH LADY itu maseh terpapar indah. Lepas nih bile kite semua nak beli susu DUTCH LADY pasti kan logo nyer betul.. Kalau beli susu dan maseh kelihatan logo yang lama, Pergi tanye orang kedai tuh sambil berkate “Ketinggalan zaman betul, DUTCH LADY sudah tukar logo lah!” Pastu anda boleh tersenyum bangga dan kembang kan hidung kerana tak semua orang tahu dutch lady sudah bertukar imej. Tetapi anda tahu! Hahaha!

Okey sile ambil perhatian akan imej terbaru DUTCH LADY ini

Kotak lama yang sangat suram kini telah bertukar menjadik sungguh indah dengan ade nyer model tambahan iaitu lembu yang macho serta pemandangan yang sungguh kehijauan.. Cantek bukannnnn?

Ini juge dari imej lama yang mempunyai percikkan api. Eh tak percikkan susu chocolate, Kini bertukar dengan dihiasi family yang sungguh ceria dan teruje untuk meminom susu. Anda Ingin kan keluarga bahagia sebegini..?
Beli lah DUTCH LADY! =)



Bagi susu tepong DUTCH LADY, Imej nyer tidak mempunyai beza yang banyak. Hanya Logo yang berlainan, Dan Maseh menggune kan latar belakang carpet yang same. Eh, bukan carpet tapi cadar kotak-kotak. Susu puteh suci murni lagi sedap maseh menghiasi dengan indah di bungkusan ini…


Even packaging DUTCH LADY ini sudah bertukar menjadik sangat vogue, Tetapi rasa susu nya still remain the same.. Tiada perubahan dari segi rasa yer kawan-kawan, Harap maklum..

Seriously aku memang kurang gemar dengan susu. Memang dari dulu lagi susah sangat nak minum. Lagi lagi kalau susu puteh, Aaaaa loya gila tengok. So disebabkan tak boleh bau and minum susu puteh. Aku cube minom susu Chocolate and strawberry DUTCH LADY Dah yeah! Boleh diminum sikit demi sikit. Memang kite semua tahu bahawe minum susu nih sangat penting untuk kesihatan kite terutama sekali tulang! Dengan keadaan diri ku yang sangat keding ini, Membuatkan aku jadik takot gile mendapat penyaket Osteoporosis.. Ape itu osteoporosis? Osteoporosis itu adelah sejenis penyakit tulang yang akan menyerang kite pade usia tua nanti. Osteoporosis akan membuatkan tulang kite mudah reput, Tulang and struktur badan kite akan jadik bongkok, Sape mahu??? Aku tak mahu weh. Takot gila. So aku membuat keputusan untuk belajar minum susu sejak sekarang. Terime kaseh DUTCH LADY kerana membuat susu yang sedap.. YnaaOhYnaa dah boleh minum susu! Anda bile lagik? Beli lah DUTCH LADY!


More info do visit dutch lady official website www.dutchlady.com.my

Aku berbangga kerana sudah bejaye meminum susu!
Thank you DUTCH LADY !