Hari rabu yang indah. Aku dan kawan melepakkan diri di sebuah kedai, saje mahu menghabeskan mase berlebihan kami yang tak terisi neh. Haha. Seronok berborak, bergelak tawa, berminum sahaja makan tidak. Sedang seronok berlepak, aku ternampak akan seekor anak kucing yang umur nye dalam sekitar 3 4 bulan cam gitu dekat meja yang selang nyer
dua meja dari tempat kami duduk.

Sangat kurus.. Kecik.. comel and yang pasti kelihatan sangat kelaparan. Kucing tuh jalan dibawah meja yang sedang diduduki oleh seorang jejaka yang tak berape nak gagah.. Kucing tuh meow meow mintak makanan dekat jejaka yang tak gagah lagi hodoh tuh.
(Tambah hodoh boley?) Tapi jejaka yang tak gagah lagi hodoh bodoh
(Tambah bodoh pulak ) buat tak tahu jer, Pastu kaki dia dok tolak tolak kucing tuh , mungkin dengan harapan nak suh
kucing tuh pergi lah kot kan. Fine fine..
Aku dok perhati je gelagat jejaka tak gagah hodoh bodoh dari jauh. Melihat beliau menolak kucing tersebut dengan kaki, Itu sudah buat hati aku sedikit sentap. Tapi tak apa lagik maseh boleh menerima. Sekali hati aku bertambah sentap macam kena elektrik biler tengok jejaka tak gagah hodoh bodoh bangang
(Tambah bangang) pergi sepak kepale anak kucing tuh. Perh.. Ini sudah lebeh. Aku dah hangen paras pingang. Dia maseh lagi tolak tolak kucing tersebut dengan kaki. Sekali pangggggggggggggg kepale kucing tesebut buat kedua dengan kaki. Fuh, Aku dah takleh dok diam neh..! Hangen dah nek sampai paras dada.. Hilang sabar betul aku dibuat nyer. Teniat didalam hati kalau kali ketige dia sepak anak kucing tersebut, Jaga kau jejaka yang tak gagah lagi hodoh bodoh bangang nak mampus..!
(Tambah mampus lak) Sekali memang betol dia sepak kepale kucing tuh buat kali ketige..
i repeat Kali ketige okey!
Ah tak boleh jadik, Aku nyer hangen dah nek sampai kepale. Hati dah panas mengelegak membara-bara, Kesabaran dah hilang lagi terhapus. Aku bangun terus ke meja lelaki tersebut, Angkat anak kucing comel yang tak bersalah. Sesudah angkat aku Pandang jejaka yang tak berapa nak gagah lagi hodoh bodoh bangang nak mampus sambil berkata
Agak-agak kalau saye sepak kepala abang macam abang
sepak kepala kucing neh, Sedap tak? Nak rase ke?
Tolong jangan kurang hajar sangat BOLEH?Jejaka tak gagah lagi hodoh bodoh bangang nak mampus tuh terdiam, Amek kotak rokok beliau, Minum sedikit, Pergi kaunter untuk buat bayaran dan terus belah dari kedai. Tahu kau takot. Memang dasar idiot betol ah...!
Serious shit aku memang sikit pon tak boleh terime dan memaafkan orang yang kasar dengan binatang. Lagi lagi kucing. Makhluk allah yang sangat comel dan kucing juge kesayangan nabi. Ape kau tegamak sangat takde
hati perasaan ke sampai nak sepak-sepak binatang?